Akibat Tertelan ‘Hand Sanitizer’, Bayi Ini Hampir Temui Ajal

Penggunaan pensanitasi tangan atau lebih dikenali sebagai hand sanitizer ini kini menjadi rutin harian masyarakat di seluruh dunia dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Walaupun begitu, pembungkusan pensanitasi tangan ini perlu tepat supaya ia tidak mengelirukan orang ramai khususnya warga emas ataupun kanak-kanak.

Hal ini demikian kerana terdapat kemungkinan bahawa individu berkenaan akan menghembuskan nafas terakhir sekiranya tertelan bahan yang mengandungi alkohol tersebut.

Insiden ini benar-benar terjadi kepada seorang kanak-kanak apabila dia hampir maut selepas tertelan pensanitasi tangan yang diberikan kepada dirinya oleh neneknya.

Situasi cemas itu berlaku di Ottawa, Kanada apabila badan bayi berusia 18 bulan yang dikenali sebagai Logan itu menjadi merah. Selain itu, kanak-kanak berkenaan mula batuk tanpa henti.

Sumber: The Sun

Cecair pensanitasi tangan itu difahamkan telah dibungkus cantik seperti produk makanan bayi. Tidak berhenti di situ, pembungkusan produk berkenaan yang dihiasi dengan gambar kartun itu kelihatan sangat sama seperti produk makanan dan minuman kanak-kanak.

Kanak-kanak berusia 18 bulan itu dikatakan sudah ‘tertidur’ kira-kira lima minit sebelum anggota paramedik tiba. Logan kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, ibu Logan iaitu Nikki Teixeira bimbang kejadian sama akan berlaku semula pada masa hadapan dan sekali gus mengingatkan orang ramai untuk tidak membeli pensanitasi tangan yang mempunyai packaging sama seperti bungkusan makanan.

Sementara itu, laporan ABC News pula mengesahkan Smart Care yang mengusahakan produk itu telah menarik balik barang itu dari rak jualan.

“Keselamatan adalah keutamaan nombor satu. Kami sudah menggantikan bungkusan itu bagi mengelak salah faham,” kata jurucakap syarikat itu.

Semoga perkara ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca