Jika anda berada dalam satu situasi di mana ketika itu, tiada satu titik air pun untuk diminum. Yang ada cumalah air kencing sendiri. Adakah anda sanggup ‘menikmatinya’ untuk terus hidup ataupun baik mati sahaja?

Itulah pilihan yang harus dibuat oleh seorang wanita ini. Malang itu sememangnya tidak berbau. Baru-baru ini, seorang tukang cuci telah terperangkap di dalam lif selama 2 hari.

Wanita berkenaan yang berusia kira-kira 50-an itu terpaksa minum air kencingnya sendiri untuk terus hidup.

Kejadian malang ini berlaku di Pusat Pendidikan Dewasa di Margate, Kent, England.

Menurut pihak polis, lif berkenaan terpaksa dipecah masuk secara manual oleh pasukan penyelamat untuk menyelamatkan mangsa. Wanita itu kemudiannya dibawa ke hospital yang berdekatan.

Punca kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

mStar, Daily Star