Akibat Terlalu Lapar, Dua Lelaki Pengsan Selepas Terima Vaksin

Dua lelaki yang rebah setelah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di Sandakan dipercayai jatuh pengsan kerana kelaparan dan bukan kesan sampingan daripada vaksin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin menyatakan bahawa perkongsian di media sosial termasuklah dakwaan salah seorang daripada mereka meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.

Tambahnya, kedua-dua lelaki itu pengsan selama beberapa minit tidak lama selepas disuntik vaksin kerana lapar.

Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Dr Rose Nani berkata siasatan menunjukkan salah seorang lelaki tidak makan sejak malam sebelumnya manakala seorang lagi makan kali terakhir pada pagi temujanji itu.

Sumber: Berita Harian

Namun begitu, beliau masih tidak pasti mengapa mereka tidak makan atau minum sebelum diberi vaksin dan perkara ini tidak digalakkan bagi mengelakkan kejadian tersebut berlaku lagi.

Katanya lagi, penerima vaksin haruslah mengisi perut terlebih dahulu sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19.

Hal ini demikian kerana masa menunggu giliran boleh memakan masa yang lama sehingga satu jam atau lebih, bergantung kepada kehadiran orang ramai.

Difahamkan, kedua-dua lelaki itu telah menjalani pemeriksaan perubatan setelah mereka kembali sedar dan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Orang ramai dinasihati agar tidak mendengar berita palsu di media sosial dan menunggu penjelasan dari pihak berkuasa bagi mengelakkan timbulnya panik.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca