Akibat Sering Dera Dan Rogol Anak, Lelaki Ini Dibunuh Dengan Pisau Dan Penukul

Tiga remaja perempuan berasal dari Rusia telah ditangkap atas kesalahan membunuh bapa kandung yang dipercayai pernah merogol mereka.

Ketiga-tiga remaja bernama Krestina, Angelina dan Maria yang masing-masing berumur 19, 18, dan 17 tahun bertindak membunuh mangsa menggunakan pisau dan penukul.

Pelaku-pelaku tersebut mendakwa pembunuhan yang dilakukan adalah bertujuan untuk melindungi diri mereka daripada berterusan dibuli dan didera secara seksual oleh sang ayah selama setahun.

Berdasarkan pengakuan pelaku, mereka mengatakan bahawa sewaktu serangan bunuh dilakukan terhadap bapanya, mangsa hanya mendiamkan diri dan tidak melawan.

Kronologi pembunuhan bermula apabila mereka yang sepatutnya menyediakan makanan pada waktu kejadian terus bertindak membunuh bapa mereka.

Mangsa pada ketika itu dilihat sedang duduk di atas kerusi pada hujung sudut dalam rumahnya. Kemudian, Maria dan Angelina menerkam bapa mereka dari arah belakang dengan senjata masing-masing iaitu penukul dan pisau.

Awalnya, Maria telah bertindak menikam bapanya menggunakan pisau lalu diteruskan oleh Angelina dengan memukul kepala bapanya sebanyak dua kali.

Namun begitu, mangsa kelihatan masih berupaya untuk bangun seraya bertanya akan apa yang sedang berlaku. Pelaku mendakwa bapanya pada ketika itu berada dalam pengaruh dadah sewaktu serangan dilakukan. Malahan, mangsa dikatakan telah mengambil pil penenang dalam kuantiti yang sangat banyak sebelum kejadian berlaku.

Serangan kali kedua telah membuatkan mangsa berdiri dari kerusi yang didudukinya secara mengejut sambil meminta izin untuk membersihkan wajahnya seketika. Namun, mangsa akhirnya tewas apabila tikaman seterusnya tertusuk tepat pada bahagian jantungnya.

Kasus berkenaan telah mendapat perhatian masyarakat Rusia yang berpendapat bahawa mereka tidak sewajarnya diberikan hukuman berikutan pembunuhan tersebut dilakukan semata-mata bertujuan untuk melindungi diri pelaku.

Berbeza dengan dakwaan pelaku, rata-rata ahli keluarga yang lain mendakwa bahawa mangsa tidak sejahat seperti yang dikatakan. Bagaimanapun, pihak mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman penjara selama lapan hingga 20 tahun ke atas dua daripada tiga remaja berkenaan iaitu Krestina dan Angelina.

Manakala, pelaku ketiga iaitu Maria tidak menghadapi sebarang hukuman kerana masih berusia 17 tahun dan tidak layak untuk menjadi banduan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca