Ular adalah haiwan yang cukup dikenali sebagai pemangsa yang menakutkan. Namun, bagaimana jika mangsa reptilia tersebut adalah tuala mandi?

Satu kejadian aneh berlaku di Sydney, Australia apabila seekor ular sawa peliharaan yang bernama Monty ditemui menelan tuala mandi. Lantas menyebabkan pemiliknya membawa reptilia tersebut bagi mendapatkan rawatan di Small Animal Specialist Hospital (SASH).

Kakitangan SASH telah bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan ular sawa tersebut. Mereka terpaksa menggunakan forseps panjang untuk mengeluarkan tuala mandi daripada Monty.
Operasi ini berjaya menyelamatkan nyawa Monty. Haiwan berkenaan kini dilaporkan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.
Untuk membaca artikel lain berkaitan dengan haiwan, sila klik pautan di bawah: