Akibat Paksa Pekerja Jadi Maskot ‘Hand Sanitizer’, Majikan Syarikat Minyak Ini Dikecam Oleh Warganet

Seorang pekerja telah dipaksa oleh majikannya untuk menjadi maskot cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer ketika wabak COVID-19 semakin membimbangkan di seluruh negara.

Lelaki itu yang merupakan kakitangan sebuah syarikat minyak di Arab Saudi, Saudi Aramco dirakam di sebuah pejabat memakai maskot lengkap beserta topeng mulut.

Tindakan tersebut telah dikecam oleh warganet yang menyifatkan perbuatan itu agak keterlaluan tanpa kelulusan syarikat.

Walau bagaimanapun, tindakan sewajarnya sudah diambil oleh Saudi Aramco bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi.

”Mengenai gambar yang telah tular dan memaparkan salah seorang pekerja kami memakai maskot pembasmi kuman, kami tidak bersetuju dengan tindakan tersebut untuk menekankan kebersihan. Syarikat sudah mengambil tindakan yang sewajarnya”, katanya dalam satu kenyataan.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah :

Artikel Lain Untuk Di Baca