Akibat Memasukkan Kabel Pengecas Telefon Ke Dalam Mulut, Seorang Bayi Maut Terkena Renjatan Elektrik

Nasib malang menimpa seorang bayi di Jahangirabad, India apabila dia dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja memasukkan wayar pengecas telefon pintar yang masih mempunyai arus elektrik ke dalam mulutnya.

Dalam insiden yang berlaku di rumah datuknya itu, bayi berkenaan dipercayai ditinggal sendirian oleh ibunya di ruang tamu sebaik sahaja tiba di sana.

Menurut laporan berita The Sun, ibu bayi itu terlupa menutup suis pengecas telefon pintar miliknya.

Susulan kejadian, bayi itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, lapor Astro Awani.

Sebaik sahaja tiba di hospital, bayi berkenaan tidak sempat diberi apa-apa rawatan kerana telah disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Jantina dan usia bayi malang itu bagaimanapun tidak dinyatakan oleh media tempatan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca