Akibat Meludah Pada Butang Lift, Lelaki Ini Ditahan Polis

Seorang lelaki warga emas bertindak kurang senonoh apabila sengaja meludah ke arah butang lift di pangsapuri Blok Idaman Melur, Lintang Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Perbuatan tidak bermoral lelaki terbabit telah disedari oleh seorang guru lelaki yang telah menerima satu klip video menunjukkan lelaki itu meludah pada butang lift perumahan tersebut.

Walau bagaimanapun, tindakan lelaki tersebut telah berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam lif berkenaan dan kini tular di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan warganet.

Video yang berdurasi selama 0.40 saat itu telah memaparkan seorang lelaki berbaju merah memasuki lif sebelum meludah ke arah butang nombor.

Tindakan tersebut membawa padah apabila dia ditahan oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang bimbang dengan keselamatan dan kesihatan penduduk susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang kini melanda negara.

Tambahnya, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di hadapan Balai Polis Bayan Lepas, pada jam 12.50 tengah hari ini (Isnin).

Suspek yang bekerja sebagai penjaga kedai snuker itu turut dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan kerana bimbang dijangkiti wabak Covid-19, bagaimanapun dia tidak menunjukkan sebarang jangkitan wabak.

Suspek seterusnya akan didakwa di Mahkamah Balik Pulau esok mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana telah melakukan perbuatan khianat.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan jenayah, klik pada pautan di bawah :

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca