Seorang remaja lelaki berasal dari Detroit cedera parah apabila makmal dadah kepunyaan ibunya meletup dan terbakar secara tiba-tiba. Mangsa kini dikatakan kemungkinan berdepan dengan kehilangan suara buat selama-lamanya.

Kejadian difahamkan berlaku sewaktu tahun 2017. Pada ketika itu, Brian Adams yang berusia 16 tahun hanya mempunyai lima peratus untuk hidup. Sehubungan itu, dia menjalani pembedahan trakeotomi demi membantu mangsa bernafas dengan baik.

Susulan daripada kejadian berkenaan, ibu kepada mangsa iaitu Amanda Skardoutos telah ditahan dan dihukum penjara selama enam tahun.

Pakar bedah yang merawat Adams bagaimanapun memberi peringatan kepada penjaga remaja tersebut bahawa tisu parut boleh terbentuk pada bila-bila masa. Hal ini telah menambah kerunsingan semua pihak kerana mampu mengakibatkan Adams untuk hilang keupayaan bercakap selama-lamanya.

Oleh itu, bapa kepada Adams kini berusaha untuk mencari pakar dan kos perbelanjaan sebanyak RM710,600 berikutan penanggung insurans keluarga terbabit enggan membayar jumlah tersebut.

Meskipun bumbung rumah keluarga Adams bocor dan siling dapurnya runtuh, bapa remaja berkenaan tetap menjadikan anaknya sebagai keutamaan yang harus difokuskan.

Bagaimanapun, kini, peluang Adams untuk pulih sepenuhnya dilihat semakin cerah apabila dana yang diusahakan bagi membiayai kos rawatannya sehingga kini meraih RM560,120.

Benar, kasih sayang seorang bapa mahupun ibu sama tulus dan kekal sepanjang zaman.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda