Akibat Main Tepi Parit, 2 Beradik Ini Hembuskan Nafas Terakhir

Luruh perasaan seorang ibu apabila mendapati dua anak lelakinya telah hembuskan nafas terakhir akibat jatuh dalam parit berhampiran rumah mereka.

Dua adik beradik itu dipercayai bermain tidak jauh dari kawasan rumah yang terletak di Batu 12, Jalan Segari, Pantai Remis petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu pada pukul 7.00 malam sebelum Ketua Balai Polis Segaru bersama anggota pergi ke tempat kejadian 10 minit kemudian.

Adik beradik lelaki berusia enam tahun dan empat tahun itu dijumpai oleh abang sulung mereka berumur 10 tahun yang ketika itu sedang mencari mereka untuk dibawa pulang.

Sumber: theSun

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Kanak-kanak itu kemudiannya terus memaklumkan kepada ibunya tentang dua adiknya yang sudah jatuh dalam parit.

Ibu mangsa bergegas meminta bantuan dari orang awam untuk menyelamatkan anaknya dan diletakkan di hadapan rumah sementara menunggu bantuan tiba.

Menurut Nor Omar lagi, pasukan perubatan yang tiba di lokasi pada pukul 7.15 malam mengesahkan kematian dua beradik berkenaan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat dan kes disklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca