Akibat ‘Lockdown’, Tetamu Ini Terperangkap Di Rumah Pengantin Selama 35 Hari

Tidak lengkap bagi sesebuah majlis perkahwinan tanpa dihadiri oleh tetamu. Namun, lain pula yang terjadi apabila tetamu majlis perkahwinan terperangkap di rumah pengantin setelah India mengenakan perintah penguncian bagi mencegah wabak COVID-19.

Majlis resepsi perkahwinan di Bihar terganggu setelah perintah penguncian dikuatkuasakan dan telah memaksa semua perkhidmatan pengangkutan dihentikan.

Pada awalnya, Ayah Salma, Anwarul Miyan berasa gembira dengan kehadiran lebih 30 orang tetamu yang tiba bagi meraikan majlis perkahwinan tersebut.

Namun, perintah penguncian telah dikenakan oleh Perdana Menteri Narendra Modi pada hari ketika mana tetamu hendak pulang ke rumah.

Pernikahan itu diadakan di desa Mathia di daerah Champaran Timur, Bihar pada 20 Mac untuk merayakan perkahwinan pasangan Salma dan Abid, lapor Gulf News.

Semua jenis perkhidmatan pengangkutan awam dari kereta api ke bas telah dihentikan, seterusnya menyebabkan para tetamu tiada jalan lain selain tinggal di rumah pengantin.

Pasangan pengantin tersebut berharap bahawa perintah penguncian akan berakhir pada 14 April tetapi ia dilanjutkan sehingga 3 Mei.

Akui Miyan, dia kini menghadapi krisis kekurangan makanan. Sebelum ini, ketua kampung dan jiran telah banyak membantunya.

Namun sekarang, mereka tidak lagi dapat memberikannya bantuan seperti biasa.

“Kami memang terperangkap dalam situasi kritikal. Kami tidak tahu bagaimana mahu melayani tetamu yang terperangkap di rumah saya.

Pada mulanya jiran dan anggota dewan kampung membantu saya, tetapi sekarang mereka menjauhkan diri daripada saya,” kata Anwarul.

Tambahnya, dia hanya dapat menyajikan makanan kepada tetamu sekali sehari sahaja.

Pihak berkuasa tempatan di Bihar tegas melaksanakan perintah penguncian kerana jumlah kes COVID-19 yang meningkat dengan cepat di sana.

Dalam masa 24 jam terakhir, sebanyak 54 kes COVID-19 telah dilaporkan daripada semua negeri menjadikan jumlahnya ialah 197.

Bimbang dengan keadaan tersebut, India telah memerintahkan tinjauan dari rumah ke rumah bagi setiap kampung di 38 daerah di seluruh negeri semasa penguncian.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel tersebut dan artikel-artikel lain, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca