Akibat Kurang Tidur Dan Rehat, Wanita Ini Jadi Pekak Dengan Suara Lelaki

Seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Chen mendakwa menjadi pekak kerana tidak dapat mendengar suara lelaki.

Dia berasa sakit dan mendengar bunyi desingan di telinganya pada malam sebelum kejadian itu berlaku. Apabila bangun keesokan harinya, dia menyedari tidak dapat mendengar suara teman lelakinya.

Chen bergegas ke Hospital Qianpu di bandar Xiamen, China. Ketika menjalani rawatan, dia dapat mendengar suara doktor perempuan.

Pakar telinga, hidung dan tekak, Dr Lin Xiaoqing berkata, Chen dapat mendengar suaranya tetapi apabila pesakit lelaki masuk ke dalam bilik yang sama, dia tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh pesakit lelaki tersebut.

Dia kehilangan pendengaran frekuensi rendah kerana bekerja lewat malam sehingga menyebabkan tubuhnya mengalami tekanan akibat kurang tidur dan rehat.

“Keletihan dan tekanan kerja menyebabkan telinganya kehilangan sensitiviti kepada bunyi dan hanya dapat mengesan bunyi-bunyi yang tertentu sahaja,” katanya.

Chen perlu menjalani rawatan bagi memastikan simptom yang dialaminya pulih seperti biasa.

Jadikan kisah ini sebagai pengajaran bagi mereka yang bekerja lebih masa. Otak manusia memerlukan rehat yang mencukupi supaya esoknya dapat bekerja dengan lebih baik.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca