Akibat Kesempitan Wang, Ibu Ini Jahit Sendiri Topeng Muka Untuk Anak-Anaknya

Tidak semua orang berkemampuan untuk membeli barang yang amat diperlukan ketika ini iaitu topeng muka serta ‘hand sanitizer’.

Akibat daripada penularan wabak COVID-19, kedua-dua barang tersebut sentiasa menjadi rebutan dan laku keras di mana-mana premis yang menjualnya.

Disebabkan permintaan yang sangat tinggi, sesetengah peniaga sudah mula mengambil kesempatan dengan meraih keuntungan menjual barangan ini dengan harga yang melambung tinggi. Disebabkan itu, sesetengah golongan hanya mampu pasrah kerana tidak mampu untuk membeli keperluan yang sangat diperlukan ketika ini.

Kisah ringkas seorang makcik telah tular di laman sosial Facebook yang gigih menjahit topeng muka buat anak-anaknya. Disebabkan kesempitan wang, dia telah memikirkan kaedah lain bagi memastikan kesihatan anak-anaknya tidak terjejas dengan wabak COVID-19.

Namun apa yang menyedihkan adalah, topeng muka yang dijahit olehnya itu tidak dapat mengekang dan berfungsi seperti penutup mulut dan hidung yang dijual di farmasi ataupun klinik.

Walau bagaimanapun, usaha ibu ini untuk melindungi kesihatan anak-anaknya seharusnya diberikan pujian. Kemiskinan bukanlah penghalang untuknya berputus asa. Malah dia sanggup untuk mencari cara lain bagi melindungi anak-anaknya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca