Akibat Kemiskinan, Lelaki Nigeria Ini Nekad Untuk Melelong Diri

Akibat kemiskinan, seorang lelaki di Kano, Nigeria telah melelong diri dan berjanji akan menjadi ‘hamba yang setia’ kepada pembelinya.

Setelah tersiar gambarnya di media sosial memegang plakad menunjukkan tawaran lelong pada harga 20 juta naira (RM202,598), Aliyu Idris, 26 kini telah ditahan oleh polis agama Islam di utara Nigeria tersebut.

Sumber: Berita Harian

Menurut Lawal Ibrahim Fagge, jurucakap polis agama Islam (Hisbah), lelaki berkenaan asalnya berpindah ke Kano untuk mencari pekerjaan namun usahanya tidak membuahkan hasil.

Minggu lalu, lelaki tersebut yang berasal dari Kaduna dan bekerja sebagai tukang jahit mengelilingi bandar raya dan melelong dirinya menggunakan plakad yang tertulis tawaran jualan.

Gambar lelaki tersebut kemudiannya dihebahkan oleh penduduk sekitar melalui platform atas talian sehingga menimbulkan kekecohan.

Kata pemuda itu, untuk keluar daripada kemiskinan, dia terpaksa melelong diri. Dia berhasrat untuk memberikan separuh wang itu kepada ibu bapanya dan dua juta naira (RM20,221) kepada sesiapa yang membantu menjayakan siri lelongan itu.

“Dia kini di bawah jagaan kami,” jelas Fagge. Mereka menahannya kerana melelong diri sendiri itu haram di bawah undang-undang Islam.

Namun menurut Hisbah, Idris tidak akan didakwa untuk hal tersebut akan tetapi diberikan kaunseling.

Untuk pengetahuan anda, Kano ialah salah satu daripada 12 negeri di utara Nigeria yang majoritinya penduduk beragama Islam. Di sana undang-undang syariah dikuatkuasakan bersama undang-undang sivil.

Gambar oleh: Pius Utomi Ekpeil via Getty Image

Disebabkan mata wang tempatan yang lemah dan hasil minyak yang semakin berkurangan, Nigeria bergelut dengan kemerosotan ekonomi. Kebanyakan rakyatnya hidup melarat dengan berbelanja kurang daripada AS$2 (RM 8.30) sehari.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca