Akibat Ingkar Perintah Darurat, Majikan Di Jepun Bertindak Tumbuk Pekerja Sendiri

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah mengisytiharkan perintah darurat di Tokyo serta beberapa wilayah lain seperti Kanagawa, Chiba, Saitama, Osaka, Hyogo, dan Fukuoka.

Walaupun pengumuman itu dilakukan di beberapa kawasan sahaja, namun ia tetap diambil serius oleh seluruh rakyat Jepun bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19.

Gabenor Yamagata Prefectural Emiko Yoshimura sebagai contoh telah meminta penduduk di kawasannya agar duduk di rumah dan elak daripada melakukan perjalanan ke luar wilayah.

Walau bagaimanapun, arahan itu tidak diendahkan oleh pekerja berusia 20 tahun dan dia tetap hadir ke tempat kerja seperti biasa.

Pemuda yang bekerja di syarikat pembinaan dilaporkan enggan untuk kekal di rumah dan telah melakukan perjalanan ke Sendai di Miyagi Prefecture untuk bekerja.

Pejabat tempatnya bekerja telah mengeluarkan arahan untuk semua pekerja kekal berada di rumah dan jangan hadir ke tempat kerja sebagai langkah untuk membendung penyebaran wabak COVID-19 ke dalam premis tersebut.

Selepas pengurusnya yang berumur 46 tahun mengetahui mengenai hal tersebut, dia telah bertindak menegur pekerjanya dengan menumbuknya di bahagian muka dan kepala.

ini bukanlah kali pertama pekerja itu membantah keputusan yang dibuat oleh syarikat. Pemuda itu juga dilaporkan telah gagal untuk mempraktikkan disiplin keselamatan semasa bekerja dan ia telah menaikkan kemarahan pengurus tersebut.

Menurut laporan Sora News 24, ini bukanlah kali pertama pekerja itu membantah keputusan yang dibuat oleh syarikat. Pemuda itu juga dilaporkan telah gagal untuk mempraktikkan disiplin keselamatan semasa bekerja dan ia telah menaikkan kemarahan pengurus tersebut.

Namun bagi pihak polis, mereka membantah tindakan keras yang dilakukan oleh pengurus itu. Dia telah ditahan kerana melakukan kekerasan terhadap pekerjanya.

Untuk rekod, Jepun telah mencatat lebih 6,000 kes positif COVID-19 dengan 98 kematian telah dicatatkan. Manakala lebih 700 orang telah dibenarkan untuk keluar dari hospital selepas sembuh daripada wabak yang telah membunuh lebih 100,000 orang di seluruh dunia.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan perintah ‘lockdown’, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca