Akibat Ingkar Arahan Kuarantin, Pesalah Di Indonesia Ini Dikurung Dalam Rumah Hantu

Oleh kerana terlalu geram dengan sikap sesetengah pihak yang enggan patuh arahan kuarantin. Seorang ahli politik di Sragen, Jawa Tengah, Indonesia telah membuat keputusan untuk menghukum mereka yang ingkar arahan dengan meletakkan pesalah di rumah berhantu.

Rumah hantu itu dikatakan bangunan terbengkalai yang dipercayai didiami entiti mistik yang ditakuti masyarakat setempat.

Yuni Sukowati, telah mengeluarkan arahan itu pada minggu ini susulan berlakunya kemasukan orang ramai secara besar-besaran ke daerah Sragen selepas Jakarta dan kota-kota besar lain ditutup.

Difahamkan, ada dalam kalangan penduduk yang baru tiba tidak menghormati arahan kuarantin 14 hari yang sedang berkuat kuasa.

Susulan itu, Yuni telah mengarahkan rumah-rumah lama dan terbengkalai digunakan sebagai penjara untuk menempatkan golongan yang degil. Mereka kemudian akan dibiarkan dan dikunci di situ, namun makanan tempat akan disediakan buat mereka.

Gambar hanya sekadar hiasan

Antara yang telah menerima hukuman tersebut ialah Heri Susanto.

“Setakat ini saya belum terserempak dengan hantu. Tetapi kalau terjumpa, tak boleh buat apa-apa.

Saya sedar ini adalah untuk menjaga keselamatan orang ramai. Ini pengajaran untuk saya.” kata Susanto, yang berasal dari pulau Sumatera.

Untuk rekod, Indonesia kini mencatatkan 7,135 kes positif COVID-19 dan 616 angka korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca