Akibat Hidu Bau Durian, 12 Orang Di Jerman Jatuh Sakit

Di Malaysia, durian digelar sebagai raja buah. Namun, seperti raja-raja yang lain, tidak semua orang boleh menerima kewujudannya.

Seperti kisah di Jerman ini, kira-kira 12 daripada pekerja pejabat pos telah menerima rawatan perubatan kerana loya atau mabuk setelah menghidu aroma bau yang kuat dari bungkusan yang berisi buah durian.

Memetik laporan Daily News, pegawai polis, pasukan bomba dan pasukan perubatan telah dihantar ke pejabat pos di bandar Jerman Bavaria untuk memeriksa bungkusan itu.

Akibat bungkusan buah yang mencurigakan itu, polis terpaksa membawa keluar kira-kira 60 orang di dalam bangunan sebelum polis dan pegawai bomba membuka bungkusan itu.

Menurut kenyataan dari pihak polis di Schweinfurt, oleh kerana terdapat kandungan yang tidak diketahui, mereka pada awalnya tidak jelas apakah bungkusan itu berisiko atau tidak.

Namun, setelah membuka bungkusan itu, polis mendapati terdapat empat buah durian Thailand yang dihantar kepada seorang teman yang tinggal di Nuremberg, Jerman.

Selain 12 pekerja pejabat pos, turut dilaporkan sekitar enam orang yang lain terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, sekitar enam ambulans, lima jentera bomba, dan dua kenderaan kecemasan dikerahkan setelah menerima laporan satu bungkusan yang mencurigakan.

Untuk rekod, kejadian bungkusan berisi durian ini bukanlah pertama kali berlaku di Jerman. Tahun lalu, perpustakaan di Universiti Canberra terpaksa dikosongkan kerana didakwa kebocoran gas. Hasil carian kemudiannya mendapati bahawa bau itu datang dari buah durian.

Untuk membaca artikel lain berkaitan durian, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca