Akibat Ditimpa Hujan Batu, Cermin Hadapan Pesawat Ini Retak Seribu

Cermin hadapan pesawat Airbus A380 yang dalam perjalanan dari Guangzhou di wilayah Guangdong ke Beijing retak seribu gara-gara ditimpa hujan batu dalam insiden pada Ahad lepas.

China Southern Airlines memaklumkan bahawa dalam kejadian itu, tiada penumpang yang cedera dan pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di ibu negara.

“Cermin hadapan pesawat A380 itu adalah setebal 3 lapis dan hanya bahagian luar sahaja yang retak,” ujar syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan menerusi akaun Weibo.

Salah seorang penumpang memberitahu berlaku pergolakan udara yang luar biasa sebaik sahaja pesawat berkenaan melakukan pendaratan, tetapi situasi cemas itu berjaya dikawal oleh krew penerbangan dengan tenang sekali.

“Kami hanya mengetahui tentang keadaan sebenar selepas turun dari pesawat,” katanya.

Kejadian sebegini pernah berlaku pada Mei tahun lalu di mana pesawat Sichuan Airlines yang dalam perjalanan dari Chongqing menuju ke Tibet terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Chengdu selepas cermin hadapannya retak.

Ketika insiden itu, pembantu juruterbang turut cedera dan hampir disedut keluar dari kokpit. Pada masa yang sama, 29 daripada 119 penumpang telah dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca