Akibat Dilamar Orang Lain, Seorang Lelaki Nekad Menikam Isteri Sendiri

akibat-dilamar-orang-lain-seorang-lelaki-nekad-menikam-isteri-sendiri
akibat-dilamar-orang-lain-seorang-lelaki-nekad-menikam-isteri-sendiri
Sumber: Siakap Keli

Dipercayai kerana cemburu, seorang lelaki berusia 46 tahun di Luwu Utara, Indonesia nekad menikam isterinya sendiri, laporan daripada portal Kumparan.

Menurut kenyataan daripada Ketua Polis Baebunta, Iptu Rodo Manik, peristiwa kejadian itu bermula ketika suspek terdengar bahawa isterinya telah dilamar oleh orang lain.

Difahamkan, suspek dan mangsa telah berkahwin sejak tahun 1997. Kedua-dua mereka dilaporkan mempunyai masalah rumah tangga pada 2019. Namun, suspek dan mangsa telah merujuk kembali pada Mei 2021.

“Suspek yang baru tiba dari Palopo telah bertindak masuk melalui pintu dapur selepas rombongan pelamar pulang. Kemudian suspek menuju ke bilik dengan membawa sebilah pisau lalu menikam isterinya pada bahagian pinggang kiri sebanyak satu kali,” ujar Rodo.

Akibatnya, mangsa segera dikejarkan ke klinik Desa Muktitama dan mengalami luka tikaman sedalam 2.5 sentimeter. Setelah itu, mangsa dibawa ke Hospital Andi Djemma Masamba untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Suspek telah berjaya ditahan bersama barang bukti di Balai Polis Baebunta untuk proses hukuman,” ujar Rodo.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca