Akibat Desakan Hidup, Wanita Ini Terpaksa Kahwini 3 Lelaki Berbeza Dalam Tempoh 3 Bulan

Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan orang ramai sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Keadaan menjadi lebih sukar apabila terdapat sejumlah besar individu yang tidak dapat bekerja berikutan sekatan yang dijalankan pihak kerajaan atau diberhentikan kerja.

Baru-baru ini, seorang wanita berusia 27 tahun, Vijaya Amrute, yang berasal dari Aurangabad, Maharashtra, India memilih jalan yang berbeza untuk meneruskan kehidupan dengan mengahwini tiga lelaki berbeza dalam tempoh tiga bulan.

Menurut laporan, semuanya bermula apabila suami pertama Amrute mengalami masalah kewangan untuk membesarkan anak lelaki mereka selepas kehilangan kerja berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Disebabkan terdesak untuk mendapatkan wang, wanita ini memilih untuk mengahwini lelaki lain dan seterusnya melarikan diri bersama barangan berharga milik suaminya sebelum berkahwin dengan dua lagi lelaki lain dalam tempoh tiga bulan.

Walau bagaimanapun, penipuan Amrute terbongkar apabila salah seorang mangsa yang juga bekas suaminya, Yogesh Shirsath membuat laporan polis.

Shirsath membuat laporan selepas berasa tertipu apabila Amrute bertindak melarikan diri hanya selepas dua minggu menjadi isterinya, sebelum mengetahui status sebenar Amrute yang sudah berkahwin.

Susulan itu, Amrute ditahan polis, untuk disoal siasat.

“Siasatan awal dijalankan mendapati Amrute sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

“Namun, Amrute mengalami masalah kewangan selepas dia dan suaminya hilang pekerjaan kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan susulan pandemik COVID-19.

“Disebabkan terdesak, wanita itu bertindak mengahwini tiga lelaki lain untuk menyelesaikan masalah kewangannya,” katanya.

Modus operandi wanita ini adalah melarikan diri bersama barangan berharga milik suami, tidak lama selepas berkahwin dengan mangsa.

Difahamkan, Amrute mula melakukan penipuan itu selepas berkahwin dengan Shirsath dan melarikan diri dua minggu kemudian.

Wanita itu kemudiannya berkahwin dengan lelaki dikenali sebagai Sandeep Darade yang menetap di Raogad Karjat, sebelum melarikan diri.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca