KONGSIKAN

Kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Seekor anjing jantan telah dirogol beramai-ramai oleh empat orang lelaki di Mumbai, India. Berita berkenaan telah dikongsikan oleh sebuah organisasi bukan kerajaan di laman Facebook. Anjing malang itu dikatakan telah dibawa ke klinik haiwan untuk rawatan lanjut.

Menurut seorang penduduk tempatan, Sudha Fernandes, dia menjumpai anjing tersebut terbaring berlumuran darah dengan kemaluannya yang cedera teruk. Ujar Sudha dia sering memberi makan kepada anjing-anjing di kawasan itu dan disitulah dia menjumpai anjing malang terbabit.

 

 

 

Seorang pemandu memberitahu Sudha bahawa empat lelaki terlibat berada di bawah pengaruh dadah. Mereka telah mendera anjing tu secara seksual. Bahkan ketika dirogol kaki anjing berkenaan turut diikat.

Menurut kenyataan daripada organisasi tersebut, anjing tu mengalami pendarahan teruk dan luka di bahagian dalaman. Doktor yang merawat anjing tersebut juga memberitahu bahawa kemaluannya turut hancur disebabkan perlakuan kejam pelaku.

Dikhabarkan, laporan polis telah dibuat dan ramai sukarelawan daripada organisasi kini sedang mencari kesemua perogol terlibat. Malangnya, dalam satu post terkini, mereka memaklumkan bahawa anjing tersebut telah pun mati ketika sedang tidur akibat kecederaan dialaminya.

Semoga para pelaku terbabit mendapat hukuman yang setimpal bagi perbuatan mereka.

 

Sumber: Facebook