Akibat COVID-19, Pasangan Suami Isteri ‘Frontliner’ Ini Bertarung Nyawa Di ICU

Sepasang suami isteri yang merupakan petugas kesihatan kini bertarung nyawa apabila kedua-kedua mereka dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas dijangkiti wabak COVID-19.

Doktor memberitahu Rommell Ryan Longid, 46, bahawa isterinya Maria, 46, mungkin mati jika tidak menggunakan ventilator.

Dengan keadaan isterinya yang tenat, Longid memegang tangan Maria dan tidak berputus asa untuk memberi kata-kata semangat kepada isterinya supaya terus melawan penyakit itu.

Sementara itu, rakan-rakan prihatin terhadap nasib yang menimpa anak pasangan itu, Gabe yang berusia 15 tahun.

Mereka mengumpulkan dana bagi membantu menyara kehidupannya kerana bimbang kedua-dua ibu bapa remaja tersebut itu berada di ambang maut.

Rommell yang berasal dari Haywards Heath, West Sussex itu telah menghabiskan kira-kira 10 hari di hospital sehingga dia cukup sihat untuk pulang ke rumah dan menjalani kuarantin.

Bagaimanapun, semasa sedang dirawat di ICU, Rommell tidak memerlukan penggunaan ventilator.

Pasangan yang berasal dari Filipina itu menetap di United Kingdom (UK) selama hampir 20 tahun.

Mereka merupakan petugas barisan hadapan yang mengendalikan kes-kes berkaitan COVID-19.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca