Akhirnya Mira Filzah Dedah Status Dirinya Kini Sudah Berpunya

Teka-teki mengenai status pelakon dan pengacara Mira Filzah terjawab apabila dia mengesahkan hatinya kini sudah dimiliki seseorang dan kedua-dua keluarga telah bertemu bagi membincangkan mengenai hubungan mereka.

Perkara itu didedahkan oleh Mira ketika bersiaran langsung dalam program bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun di laman sosial Facebook pendakwah itu pada hari Ahad lalu.

“Iya… Dah berpunya! Bertunang? Kiranya tapi sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga,” jawab Mira.

Pendedahan itu dibuat ketika Mira menjawab soalan Ustazah Asma’ mengenai teman lelaki dan pertunangan.

Setelah mendengar jawapan daripada pelakon filem Sangkar itu, Ustazah Asma’ segera menjelaskan bahawa menurut agama Islam, persetujuan antara kedua-dua belah pihak merupakan tanda ikatan perkahwinan.

“Dalam Islam, kalau dah ada persetujuan itu kira dah bertunanglah tu. Dah ada ikatan perjanjian persetujuan dengan keluarga cuma mungkin dari sudut adat belum lagi.

“Insya-Allah kita doakan Allah mempermudahkan tahun 2020 ni juga Mira akan bergelar isteri mendirikan rumah tangga.. Kita sama-sama doakan,” kata Ustazah Asma’.

Terdahulu, Mira dan jejaka pilihannya, Wan Emir Astar yang juga merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datin Mastura Mohd Yazid, dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.

Pasangan berkenaan sebenarnya sudah lama mengenali antara satu sama lain.
 
Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula.
 
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama.

Wan Emir yang juga merupakan seorang arkitek difahamkan sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita popular berusia 27 tahun itu.


Untuk membaca artikel lain berkenaan industri hiburan di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca