Akhirnya! Gambar Pertama Lohong Hitam (Black Hole) Berjaya Ditangkap Oleh Manusia

Apa yang tidak dapat dilihat sebelum ini, boleh dilihat sekarang. Kini, lohong hitam (black hole) yang dipercayai wujud di pusat galaksi boleh dilihat. Apakah itu lohong hitam? Lohong hitam ini terbentuk hasil daripada bintang yang telah mati.

Univeriti Malaya telah memainkan peranan penting dalam penemuan yang luar biasa ini dengan membantu dalam projek Event Horizon Telescope (EHT) di mana ia dapat menangkap imej lohong hitam yang pertama di pusat galaksi Messier 87 (M87) semalam.

Menurut Universiti Malaya, mereka telah menyertai East Asian Observatory (EAO) dengan kerjasama projek EHT. Sebelum ini, imej lohong hitam ini tidak mungkin boleh diambil kerana gravitinya yang besar dan sebarang cahaya yang masuk dihalang keluar oleh lohong hitam tersebut.

Walau bagaimanapun, saintis daripada projek EHT berjaya menghasilkan algoritma di mana ia boleh menangkap imej lohong hitam dengan bantuan lapan teleskop radio di seluruh dunia untuk menangkap gelombang radio dari galaksi M87. Antara negara yang terlibat ialah Amerika Syarikat, Chile, Mexico, Sepanyol dan Kutub Selatan.

Hasilnya ialah sebuah teleskop radio yang mempunyai saiz hampir sama dengan bumi pada April 2017. Pengambilan imej tersebut mengambil masa selama 2 tahun dan memerlukan data yang besar sebanyak 5 Petabytes disimpan di dalam 1000 cakera memori. Disebabkan data terlalu besar, penghantaran data tidak boleh menggunakan internet sebaliknya dihantar secara fizikal.

Apa yang boleh dilihat dalam imej tersebut ialah gegelung gas yang panas membentuk satu lingkaran. Semoga imej yang diambil ini boleh membantu ahli saintis untuk memahami lohong hitam ini dengan lebih jelas.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca