Akaun Twitter MCMC Digodam, Ciapan Berbaur Kasar Curi Perhatian Ramai

Baru-baru ini tanda pagar #MCMC trending di laman Twitter apabila ciapan lama akaun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang berbaur kasar dan tidak formal tular.

Sebagai respons terhadap perbincangan warganet, akaun rasmi MCMC digantung buat sementara waktu selepas digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber: MCMC

“Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan hantaran mesej mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang dimuat naik melalui akaun berkenaan, yang bukan dikeluarkan pihak MCMC.” kata pihak suruhanjaya tersebut menerusi kenyataan yang dimuat naik ke laman web rasminya.

Namun yang jadi persoalannya sekarang, kenapa hanya ciapan yang dimuat naik dari tahun-tahun sebelum ini yang terjejas?

Sumber: Juice
Sumber: Juice

Semalam, seorang warganet yang bernama NazruiHakim membuat pengakuan bahawa beliau telah menjual akaunnya kepada @SaidOsem beberapa tahun yang lalu.

Melihatkan ciapan lama MCMC serupa dengan ciapan milik warganet tersebut, NazruiHakim turut rasa terkejut apabila akaun @SaidOsem itu menjadi akaun rasmi MCMC.

Sumber: Twitter @NazruiHakim

Ramai warganet membuatkan hal ini sebagai bahan lawak di media sosial dan menjadikan #MCMC trending di Twitter hari ini.

Sumber: Twitter @arunasena
Sumber: Twitter @ArvinRandahwa

Tambahan pula, warganet turut membuatkan kisah cinta tiga segi bekas pemilik akaun MCMC tersebut sebagai hiburan menerusi pelbagai meme yang direka.

Sumber: Twitter @ijaicool
Sumber: Twitter @shasharyzal

Sebelum MCMC menggantung akaun Twitter, akaun tersebut telah mencapai hampir 70,000 pengikut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca