Akaun Instagram McSenget Ini Pamerkan Rupa Burger McD Yang Unik

Dalam seumur hidup, pasti burger McDonald’s yang anda pesan pernah datang dalam bentuk yang berantakan dan tidak tersusun.

Sebuah akaun Instagram di Singapura bernama @mcsenget ini telah mempamerkan rupa bentuk burger McDonald’s yang sangat tidak teratur dan senget-benget.

Pelanggan McDonald’s di Singapura ini telah menyimpan gambar-gambar bukti yang menunjukkan bahawa mereka sering dihidangkan burger McSenget.

Oleh sebab mereka menerima kiriman gambar McSenget yang banyak, akaun Instagram ini juga telah mengadakan sebuah pertandingan burger yang paling senget pada 18 April yang lalu.

Berikut adalah video keputusan bagi burger paling senget yang disertakan bersama lokasi cawangan McDonald’s di mana burger-burger tersebut dihasilkan yang dimuatnaik ke akaun Instagram tersebut.

Ini adalah lima burger paling senget yang mendapat jumlah like yang tertinggi.

Tempat kelima jatuh pada roti burger yang bersudut 90 darjah ini.

Tempat keempat diduduki oleh burger senget Filet-O-Fish berkembar.

Burger McSpicy yang menggelongsor ini menduduki tempat ketiga.

Tempat kedua, kepingan keju yang cuba melarikan diri daripada dimakan tetapi gagal.

Menjuarai tempat pertama ialah kepingan keju yang melekat di samping roti bun Filet-O-Fish ini.

Pengguna di sebalik akaun Instagram bernama @mcsenget ini turut kembali ke lokasi yang telah dilaporkan untuk memastikan jika cawangan McDonald’s di lokasi-lokasi tersebut masih menghidangkan burger yang senget.

Akaun tersebut dikatakan masih menerima penghantaran gambar bukti daripada orang ramai.

Yang menimbulkan tanda tanya orang ramai adalah hampir kesemua burger yang berupa sedemikian ialah jenis burger yang sama iaitu Filet-O-Fish.

Salah satu teori daripada orang ramai adalah ianya disebabkan daripada kepingan keju yang telah diletakkan antara roti bun dan kepingan daging burger yang masih panas kemudiannya menyebabkan keju itu melekat pada permukaan dan tidak boleh disusun dengan baik.

Apabila kepingan keju itu melekat pada bahagian yang tidak sepatutnya, keseluruhan susunan burger itu menjadi senget-benget dan terhasilnya burger McSenget.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca