Akademi Perubatan Malaysia Gesa Lanjutkan PKP Sehingga Selepas Hari Raya Aidilfitri

Umum sudah tahu, 14 April ini adalah hari yang terakhir untuk Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua (PKP) dijalankan. Desas-desus mengatakan PKP ini akan dilanjutkan sehingga akhir April kerana masih lagi tiada penurunan dalam kes terbaharu. Namun, semua itu bergantung kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan kerajaan sendiri.

Dalam satu kenyataan, Akademi Perubatan Malaysia (AMM) menggesa kerajaan supaya tempoh PKP dilanjutkan sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

AMM juga berkata pergerakan dari negeri ke negeri akan meningkat apabila masyarakat pulang ke kampung secara beramai-ramai.

Ini sekaligus, akan memburukkan lagi penyebaran wabak COVID-19 dan akan memberi risiko penyebaran virus terutamanya kepada orang tua.

“Penjarakan sosial di hentian serta kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya juga berisiko untuk gagal,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihaknya memahami keinginan masyarakat untuk meluangkan masa bersama sanak saudara sempena hari raya, namun menurut mereka dalam hadapi wabak ini pengorbanan seperti ini perlu terus dilakukan sehinggalah vaksin baharu ditemui.

“Disebabkan pandemik COVID-19, penjarakan sosial perlu menjadi norma baharu sekurang-kurangnya untuk satu tempoh waktu sehingga keadaan menjadi terkawal.

Untuk tahun ini, sekurang-kurangnya perlu ada kawalan, pemantauan atau mungkin haramkan perhimpunan sama ada perhimpunan Ramadan, Aidilfitri atau Haji,” katanya.

Tambahan lagi, penarikan balik PKP atau penguatkuasaan yang longgar akan sia-siakan kebaikan yang telah dicapai dalam tempoh empat minggu PKP dilaksanakan.

AMM turut mengingatkan hal yang sama terhadap Pesta Kaamatan pada 30 Mei di Sabah dan Hari Gawai yang akan disambut pada 1 Jun di Sarawak.

Untuk rekod, Malaysia kini mencatatkan 4,119 kes positif COVID-19 dan 65 mangsa korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca