AJL34: “Ia Cuma Jalan Cerita Kehidupan”, Drama Band Tampil Mohon Maaf

Vokalis Drama Band Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung susulan persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 mencetus kontroversi dan kecaman warganet.

Jelasnya, ia merupakan sebuah jalan cerita kehidupan yang ingin dipamerkan dalam persembahannya.

Menerusi hantaran di akaun Instagram Aepul Roza berkata, “Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami. Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadangkala warnanya tidak kita gemar.”

Ia dibuat kira-kira 12 jam selepas tamat persembahan mereka di Bukit Jalil pada Ahad lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks, Johan Ishak tampil memberi penjelasan bahawa pihaknya tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai konsep yang ingin dipersembahkan.

Johan Ishak berkata, tindakan yang dilakukan Drama Band boleh disifatkan sebagai penghasilan gimik keterlaluan khususnya sempena memberi impak kepada malam final AJL34.

“Ia salah satu contoh apabila peserta finalis menghasilkan gimik yang melampau. Padahal sewaktu sesi latihan, tiada konsep politik tersebut,” katanya lagi.

Menurutnya, Drama Band perlu memaklumkan sekiranya mereka ingin tampil dengan elemen sensitif sedemikian.

“Sepatutnya mereka beritahu dari segi mesej yang dibuat dengan konsep persembahan tetapi tidak. Ini agak sensitif,” katanya dengan memastikan tindakan sewajarnya diambil sekiranya kumpulan terbabit melanggar kod kandungan yang ditetapkan.

Untuk baca artikel yang berkaitan selebriti tempatan, sila klik pautan dibawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca