Ajak Jennie Blackpink Makan Malam Bersama, ‘Influencer’ Filipina Beli Papan Iklan RM123,000

Seorang pempengaruh media sosial kontroversi dari Filipina, Christian Albert Gaza, telah melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan para Blink, iaitu peminat Blackpink.

Influencer berkenaan dipercayai telah membeli sebuah papan iklan di Seoul untuk mengajak Jennie daripada kumpulan K-Pop Blackpink untuk makan malam bersama.

Dua papan iklan yang dibelinya itu diletakkan di Seoul, Korea Selatan dan hanya berjarak beberapa kilometer dari pejabat syarikat pengurusan Blackpink, YG Entertainment.

Papan iklan itu dianggarkan berjumlah sebanyak 1.5 juta peso Filipina iaitu bersamaan dengan RM123,000.

Papan iklan tersebut terpapar dengan gambar influencer berkenaan dengan tulisan, “Kim Jennie Ruby Jane, awak adalah orang yang paling saya suka. Sudikah awak keluar makan malam bersama saya dan jadikan saya sebagai lelaki yang paling bahagia di dunia?”

Sumber: Facebook

Lelaki tersebut telah memuat naik gambar-gambar papan iklan tersebut di dalam sebuah hantaran Facebook pada 31 Oktober lalu dengan catatan yang mengatakan dia tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk menghubungi Jennie.

Hantaran tersebut kini telah menerima sebanyak 16,000 reaksi daripada warganet dan telah dikongsi sebanyak 1,300 kali.

Dia turut memuat naik beberapa gambar dirinya yang telah disunting bersama artis K-Pop terkenal itu.

Sumber: Facebook

Influencer kontroversi dari Filipina itu turut mengaku dirinya jutawan dan mengatakan bahawa dia enggan meletakkan logo perniagaannya di papan iklan tersebut.

Alasannya, dia ingin memperlihatkan keikhlasannya dan mendakwa dia boleh membuat 1.5 juta peso Filipina dengan mudah hanya dalam masa 10 hari sahaja.

Lebih parah lagi, ini adalah bukan kali pertama dia melakukan perkara-perkara seperti ini.

Pada tahun 2017, dia telah melakukan perkara sama iaitu menjemput seorang pelakon Filipina Erich Gonzales untuk minum kopi bersamanya melalui papan iklan di Manila.

Malangnya, jemputan penuh gahnya itu telah ditolak oleh pelakon tersebut.

Susulan daripada itu, para Blink, peminat Blackpink telah meminta YG Entertainment untuk melindungi Jennie kerana influencer tersebut didapati mengendali sebuah perniagaan yang tidak jelas.

Pada bulan Jun yang lalu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di Filipina telah mengeluarkan amaran ke atas mata wang digital miliknya yang dikenali sebagai Xian Coin dan dipercayai merupakan skim Ponzi.

Berdasarkan laporan tempatan, suruhanjaya itu juga telah menunjukkan reputasi yang tidak baik tentang Christian dan telah memberi amaran kepada orang ramai.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca