Ajak Berjumpa Atas Urusan Perniagaan Sebelum Perkosa, Antara Alasan Pendakwah Selebriti

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita seorang pendakwah selebriti telah ditahan atas dakwaan memperkosa gadis. Pendakwah selebriti tersebut dipercayai telah menggunakan kedudukannya sebagai Da’i untuk mengajak mangsa keluar bertemunya sebelum melakukan perbuatan tersebut.

Menurut Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, hasil siasatan mendapati suspek akan berkenalan dengan mangsa menerusi mesej peribadi (DIrect Messenger) di Instagram sebelum dipelawa untuk berkenalan dan juga keluar makan. Kesemua mereka adalah pengikut laman Instagram suspek sama ada pelajar mahupun yang sudah bekerja.

Sumber: KopiPlanet

“Suspek akan memperdayakan mangsa-mangsa dengan mengajak mereka berjumpa atas pelbagai urusan termasuk urusan perniagaan dengan menggunakan gelarannya sebagai pendakwah selebriti. Susulan pertemuan itu, suspek akan memberi alasan untuk mengajak mangsa pulang bersamanya ke rumah sebelum memperkosa seperti yang didakwa mangsa,” katanya lagi.

Difahamkan polis sudah menerima tujuh laporan polis terhadap suspek setakat ini dengan dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu perkosa. Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii dan Seksyen 354 kanun sama iaitu mencabul.

Sumber: mStar

“Polis turut membuka tiga lagi kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan satu lagi laporan polis diklasifikasikan sebagai NFA, tiada tindakan lanjut kerana tiada unsur gangguan seksual,” jelas Huzir sambil memberitahu kesemua mangsa berusia antara 22 hingga 26 tahun.

Bahkan Huzir turut yakin bahawa akan ada ramai lagi mangsa yang bakal tampil membuat laporan polis terhadap suspek dan meminta mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa suspek untuk tampil berbuat demikian.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca