Orang zaman sekarang memang terlampau kreatif. Lagi-lagi kalau bab makanan. Kalau dekat Malaysia, habis semua makanan ditambah keju. Keropok lekor cheese, pisang cheese, ayam geprek cheese, semualah cheese senang cerita.

Tidak cukup dengan cheese, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan aiskrim Indomie pula. Mi segera dijadikan aiskrim, biar betul? Punyalah banyak perisa lain, mi segera juga yang dipilih.

Aiskrim tersebut diberi nama aiskrim Noodle Pop dan ia direka oleh orang Australia. Bukan main lagi nama, dapat inspirasi daripada aiskrim Paddle Pop mungkin.

Resepi aiskrim ini turut dikongsi di laman Instagram. Tidak susah pun untuk dibuat. Mula-mula, kena rebus mi segera itu terlebih dahulu sebelum dicampur dengan air oren. Kemudian, tuangkan adunan aiskrim itu ke dalam bekas popsicle dan sejukkan. Tunggu beberapa jam sehingga ia keras sepenuhnya dan ia sedia untuk dinikmati. Ada yang terliur tak?

Tidak dinafikan, Indomie sememangnya sangat sedap. Tapi bila ia dijadikan aiskrim, macam pelik pula bunyinya. Ada tak pembaca di sini yang nak cuba? Boleh buat sekarang dan makan selepas berbuka nanti.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda