‘AirSial’, Nama Syarikat Penerbangan Swasta Pakistan Ini Curi Perhatian Warganet

Syarikat penerbangan swasta ketiga Pakistan sebelum ini telah menangguhkan penerbangan pertama pada Jun 2020 berikutan penularan wabak pandemik COVID-19.

Walau bagaimanapun, difahamkan syarikat penerbangan yang dikenali sebagai AirSial itu akan mula beroperasi pada pertengahan bulan ini. Menerusi perkongsian di Facebook rasmi AirSial, penerbangan pertama AirSial menggunakan pesawat Airbus A320 itu telah tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, Ahad lalu.

Memetik laporan Profit, kesemua operasi penerbangan AirSial dikatakan akan bergantung sepenuhnya pada tiga buah pesawat Airbus A320-200 yang dipinjam daripada AerCap.

Nama ‘Airsial’ tersebut mendapat perhatian ramai terutama sekali rakyat Malaysia kerana nama yang digunakan syarikat penerbangan tersebut membawa maksud tidak baik dalam bahasa Melayu.

Rata-rata warganet menyatakan bahawa pihak syarikat penerbangan tersebut perlu mempertimbangkan untuk menukar nama AirSial tersebut. Malah, wargenet juga berharap syarikat tersebut akan maju ke hadapan kelak.

Dalam perkembangan lain, untuk meraikan penerbangan pertama AirSial ke Pakistan, bekas kapten pasukan kriket kebangsaan, Shoaib Malik memuat naik ciapan di Twitternya bagi meluahkan rasa bangga.

“Akhirnya pesawat AirSial A320 yang dinanti-nanti telah tiba, ini waktu yang membanggakan buat semua orang di bandar Sialkot yang turut bekerja keras sepanjang proses ini,” katanya.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca