AirAsia Hasrat Ambil Semula Pekerja Yang Diberhentikan

Syarikat penerbangan AirAsia Group Bhd merancang untuk mengambil semula para pekerja yang diberhentikan tahun lalu jika perniagaan menunjukkan peningkatan.

Dalam kenyataan media, Tony Fernandes menganggap bahawa pemberhentian perkhidmatan kira-kira 2,000 orang pekerja tahun lalu adalah satu tragedi.

Beliau turut berjanji untuk memulihkan semula syarikat penerbangan tambang murah itu.

“Kami mengalami tragedi kehilangan 2,000 kakitangan kerana pandemik COVID-19. Sebelum saya bersara, saya akan memastikan bahawa saya melantik semula semua orang yang diberhentikan.

“Itu adalah tujuan saya dan saya sangat yakin kita dapat melakukannya semula setelah operasi penerbangan disambungkan semula, sambil disokong oleh perniagaan kita yang lain,” katanya semasa persidangan Reimagining Malaysia Assets (RESET) 2021 yang diadakan semalam.

Sumber: Vocket

Terdahulu, AirAsia dan AirAsia X terpaksa menghentikan 10% daripada tenaga kerja mereka yang berjumlah 24,000 orang dan ia dilakukan setelah menyedari bahawa sektor penerbangan akan menghadapi kesukaran untuk pulih dalam masa terdekat kerana wabak yang melanda seluruh dunia itu.

Fernandes mengatakan AirAsia dibangunkan berdasarkan pengurusan perubahan, yang memudahkan pekerjanya untuk berpindah pekerjaan.

Pengurusan perubahan merupakan istilah kolektif untuk semua pendekatan untuk mempersiapkan, menyokong serta membantu individu, pasukan dan organisasi dalam membuat perubahan organisasi.

Pengasas syarikat itu menyatakan bahawa kelangsungan hidup AirAsia disokong oleh strukturnya yang merata, meritokrasi dan kemampuan untuk mengurus perubahan.

Beliau turut menekankan bahawa aspek yang paling penting dalam AirAsia adalah bakat.

“Anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahukan dengan struktur, persekitaran, dan yang paling penting, orang yang tepat. Saya rasa itulah kekuatan kita.”tambahnya lagi.

Untuk baca lebih banyak artikel lain berkaitan dengan AirAsia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca