AirAsia Ditawar Pinjaman Lebih RM4.1 Bilion Dengan Syarat Beri Data Pelanggan

Industri penerbangan adalah antara yang paling terkesan dengan pandemik COVID-19 kerana tidak lagi mampu beroperasi seperti biasa. Namun, apa yang lebih menyedihkan adalah ramai pekerja di dalam industri ini yang terpaksa diberhentikan secara besar-besaran untuk mengurangkan kos perbelanjaan.

Melihat situasi ini, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah menawarkan pinjaman bernilai $1 bilion (RM4.1 bilion) kepada AirAsia melalui pertukaran aset digital. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Berhad, Tan Sri Tony Fernandes telah mendedahkan berita berkenaan baru-baru ini. Tony Fernandes bagaimanapun tidak mendedahkan nama syarikat tersebut.

Sumber: The Vocket

Menurut beliau, AirAsia sedang membangunkan aplikasi SuperApp yang menawarkan pelbagai jenis servis seperti tempahan tiket penerbangan dan hotel, penghantaran makanan serta pembelian secara dalam talian. Kehadiran aplikasi AirAsia versi baharu ini juga difahamkan mampu memberi saingan kepada para pesaing seperti Grab dan Gojek.

Dalam pada itu, ini bukanlah pertama kali Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad itu meluahkan minat beliau dalam bisnes melibatkan teknologi kewangan yang turut dikenali sebagai fintech dan pasaran digital.

Beliau juga terpaksa menolak tawaran pinjaman bernilai RM4.1 bilion tersebut untuk menjaga kepentingan dan privasi pelanggan AirAsia sejak syarikat penerbangan berkenaan mula beroperasi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan AirAsia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca