AirAsia Cadang Ambil Alih MAS Daripada Khazanah Nasional

Siapa sangka bermula dengan sekadar ura-ura mengenai penjualan Malaysia Airlines Bhd (MAB), syarikat pesaing tempatan iaitu AirAsia Group Bhd (AAGB) antara yang berminat untuk mendapatkannya.

Khazanah Nasional selaku pemegang saham utama bakal menanggung belanja sebanyak RM 8 bilion sekiranya AAGB dapatkan MAB.

Jumlah RM 8 bilion yang disebutkan dinilai melalui enam pesawat A380 bernilai RM5.4 bilion, kos operasi serta pembatalan tempahan 25 Boeing 737 Max 8 dan beberapa kos lain yang bakal ditanggung oleh AAGB.

Difahamkan CEO AAGB, Tan Sri Tony Fernandes mulai menunjuk minat mengenai mengambil alih ini kepada pengarah urusan Khazanah Nasional, Datuk Shahril Ridza Ridzuan mengenai kerjasama AirAsia X Bhd bersama MAB sebagai merging acquisition.

Meskipun sudah mendapat persetujuan daripada Khazanah, perbincangan ini masih lagi diteruskan bagi mencapai kata sepakat mengenai kerjasama antara dua syarikat penerbangan tempatan ini.

Menurut Tun Mahathir, dilaporkan sebanyak lima bidaan telah diterima untuk mengambil alih MAB termasuk Japan Airlines, Air France-KLM, Malindo Airways serta AirAsia.

Setakat ini AAGB antara yang berpeluang untuk mendapatkan tawaran ini memandangkan AAGB sedia untuk berbelanja RM1.4 bilion setahun untuk menampung kos operasi MAB berjumlah RM1 bilion setahun.

Menurut AAGB, kerjasama ini bakal memperlihatkan AirAsia dan MAB bergabung dibawah satu jenama iaitu AirAsia.

Malah, kedua-dua syarikat bakal meneruskan operasi namun dengan konsep dan haluan yang ditetapkan oleh AirAsia.

Selain itu, AAGB melaporkan sedia mendapatkan Brahim selaku penyelia makanan rasmi buat MAB manakala Firefly dan MASwings antara yang tidak termasuk dalam senarai pembelian.

Pastinya berita ini menimbulkan suka dan duka buat kru MAB serta rakyat Malaysia yang membesar dengan melihat kejayaan syarikat berusia 72 tahun ini.

Untuk baca artikel berkaitan syarikat penerbagan, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca