Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia berhasrat untuk melaksanakan sistem pengimbasan muka di lapangan terbang yang terpilih di Malaysia pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat) Aireen Omar berkata projek sistem pengimbasan wajah telah dilaksanakan di Lapangan Terbang Senai, Johor.
“Memandangkan ujian tersebut telah dijalankan, pihak kami telah mengukuhkan dan membaiki keseluruhan teknologi tersebut dan kami akan berusaha untuk melancarkannya di lebih banyak lapangan terbang di Malaysia,” kata beliau di pelancaran Aviatar 2019 Hackathon competition.
Sistem ini dikenali sebagai Fast Airport Clearance Experience System (FACES) di mana ia merupakan sistem pengimbasan wajah di pintu pelepasan diri. Sistem FACES dapat mengesahkan identiti bakal penumpang apabila mereka tiba di pintu pelepasan automatik dan mereka boleh melepasinya tanpa menunjukkan dokumen perjalanan.
Anda pasti berasa teruja untuk melihat lebih banyak lapangan terbang yang terpilih menggunakan sistem canggih ini.