AirAsia Bakal Buang Ratusan Pekerja Lagi Dalam Tempoh 24 Jam

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad sekali lagi memutuskan untuk mengurangkan tenaga kerjanya susulan kesan pandemik COVID-19.

Menurut sumber yang mendengar taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Riad Asmat, tiada angka terperinci yang diberikan namun ia melibatkan beberapa ratus tenaga kerja AirAsia Berhad.

“Ini keputusan yang amat sukar setelah beberapa bulan kita lalui tempoh sukar. Beberapa ratus tenaga kerja akan dibuang, tiada angka terperinci buat masa ini.

“Kriteria (siapa yang bakal dibuang) akan diberitahu nanti. Pekerja yang terlibat akan dimaklumkan melalui emel dalam tempoh 24 jam.

“Saya memohon maaf kepada tenaga kerja yang terlibat. Anda perlu kekal kuat dan kami akan terus menyokong anda dalam pelbagai cara,” ujar sumber itu yang memetik kata Riad.

Menurut sumber, AirAsia bagaimanapun akan terus menyediakan bantuan asas seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan sehingga Disember 2020 kepada pekerja yang terjejas.

Untuk rekod, pada Jun lalu syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mengumumkan telah membuang seramai 11 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera sebagai usaha untuk membendung kos operasi mereka.

Untuk baca lebih banyak artikel lain berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca