Air Selangor: Bekalan Air Dijangka Pulih Sepenuhnya Dalam Tempoh 72 Jam

Bermula jam 1 pagi tadi, bekalan air terawat sudah mula disalurkan ke dalam sistem agihan untuk dibekalkan ke premis pengguna.

Berikutan itu, sebahagian kawasan yang terjejas telah mula menerima bekalan air sejak awal pagi tadi.

Menerusi kemas kini terbaharu di laman web Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., pemulihan bekalan air kepada pengguna akan dibuat secara berperingkat dan ia bergantung kepada kedudukan geografi serta alttitud premis.

Bekalan air di semua kawasan yang terjejas dijangka bakal pulih sepenuhnya dalam masa 72 jam.

Dalam pada itu, Loji Rawatan Air Bukit Tampoi belum lagi beroperasi memandangkan pencemaran bau masih dikesan di muka sauk.

Difahamkan, lori-lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan terjejas sementara bekalan pulih sepenuhnya.

Sebanyak 11 buah Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi meneruskan operasi selama 24 jam termasuk menyediakan 18 lokasi pili awam.

Untuk rekod, gangguan bekalan air telah berlaku di beberapa kawasan di Selangor berikutan pencemaran bau yang melibatkan sumber bekalan air ke Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca