Air Mata Peguam Mohd Adib Gugur Mendengar Keputusan Inkues Kematian Anggota Bomba Itu

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim iaitu Syazlin Mansor tidak dapat menahan rasa sebak dan dilihat mengalirkan air mata sebaik sahaja Mahkamah Koroner memberikan keputusan punca kematian anggota bomba itu.

Suami dan beberapa orang peguam lain terpaksa menenangkan Syazlin yang pernah mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu.

Dalam prosiding tersebut, Koroner Rofiah Mohamad juga dilihat sebak sewaktu membacakan keputusan inkues kematian Muhammad Adib sekitar jam 9.30 pagi tadi di Mahkamah Koroner Shah Alam.

Terdahulu, Koroner Rofiah Mohamad memaklumkan bahawa punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih orang yang tidak dikenali.

Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Untuk rekod, seramai 30 orang saksi termasuk beberapa saksi pakar sudah dipanggil memberi keterangan sewaktu prosiding inkues bermula 11 Februari lalu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca