Air Bercampur Darah Melimpah, Mayat Bayi Lelaki Ditemui Masih Bertali Pusat

Seorang kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dikejutkan dengan penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalam mangkuk tandas di Terminal Sentral Kuantan.

Wanita itu masuk ke dalam tandas awam yang terletak di tingkat satu terminal berkenaan pada jam 9.50 pagi. Ketika berada di lokasi kejadian, wanita itu telah terlihat salah satu mangkuk tandas berada dalam keadaan bertutup sebelum dia bertindak mengepam tandas berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantas, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, tandas tersebut sedang diselenggara dan ditutup untuk orang awam. Ketika wanita tersebut mengepam tandas berkenaan, dia terkejut apabila melihat air bercampur darah keluar dari mangkuk tandas itu. Menyangka tandas tersebut tersumbat, wanita itu memanggil seorang tukang cuci.

Kedua mereka menggunakan dawai untuk mengeluarkan objek yang tersumbat namun mereka terkejut besar apabila uri beserta tali pusat keluar dari mangkuk tersebut.

Rakaman litar tertutup CCTV menunjukkan seorang wanita memakai baju hitam membawa sebuah bagasi memasuki tandas tersebut pada jam 5.58 pagi. Wanita yang berkeadaan mencurigakan itu menghabiskan masa 30 minit di dalam tandas sebelum keluar dengan memakai baju kurung.

Pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat terutamanya tentang pemandu teksi yang menumpangkan wanita tersebut ke terminal itu untuk tampil membantu siasatan.

Mayat bayi yang dianggarkan lahir tidak cukup bulan itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses bedah siasat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca