Aiman Hakim Ridza Dan Zahirah Macwilson Bakal Timang Cahaya Mata Pertama

Aktres Zahirah MacWilson bakal timang cahaya mata sulung bersama pelakon Aiman Hakim Ridza selepas hampir tujuh bulan mendirikan rumah tangga.

Zahirah mengumumkan usia kandungannya kini sudah memasuki enam bulan menerusi satu hantaran di laman Instagram.

Zahirah berkata menerusi ruangan kapsyen, “Enam bulan membesarkan cinta kecil kita. Mommy dan Daddy tidak sabar untuk bertemu kamu.”

Dalam pada itu, Aiman turut memuat naik foto imbasan bayi dalam kandungan isterinya dan tidak menyembunyikan perasaan teruja untuk melihat cahaya mata mereka.

“Saya sangat teruja untuk bertemu manusia kecil ini yang merupakan separuh saya dan separuh lagi orang yang saya sayangi. Alhamdulillah,” tulisnya.

Sumber: Instagram Zahirah Macwilson

Sementara itu, rakan-rakan artis dan para pengikut laman media sosial pasangan ini mengucapkan tahniah dan mendoakan proses kehamilan berjalan dengan lancar.

Aiman dan Zahirah mengikat tali perkahwinan dalam sebuah majlis di Mercu Mustapha Kamal, Damansara pada 20 Februari lalu.

Selepas bergandingan dalam drama bersiri Curi-Curi Cinta, pasangan ini akhirnya mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2019 di kediaman keluarga Zahirah yang terletak dekat Perth, Australia selepas tujuh bulan menyelami hati budi dan menyulam cinta bersama.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Zahirah dan Aiman atas berita gembira ini.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca