Ahmad Dhani Bebas Dari Penjara Hari Ini

Pemuzik terkenal Ahmad Dhani Prasetyo dilaporkan bakal bebas dari Rumah Tahanan Cipinang, Jakarta, Isnin bersamaan dengan 30 Disember 2019.

Sebagai makluman, Dhani telah dihukum penjara selama setahun setelah disabitkan bersalah atas kes ujaran kebencian.

Peguam kepada Ahmad Dhani iaitu Hendarsam Marantoko ada menyatakan bahawa pembebasan anak guamannya dari penjara akan disambut oleh isteri, Mulan Jameela dan ketiga-tiga anaknya.

Bukan itu sahaja, ramai di antara rakan-rakan Ahmad Dhani juga bakal menyertai keluarga pemuzik itu untuk menyaksikan saat tersebut sebagai tanda sokongan.

Menurut Hendarsam, “Nanti, isteri dan anak-anaknya akan segera menyambut kepulangan Ahmad Dhani dari Rutan. Beliau dijadualkan keluar pada jam 9.00 pagi.”

Usai keluar dari ruangan penjara, Dhani akan terus menuju ke kediamannya di Pondok Indah bersama-sama keluarga tercinta. Peguambela Hendarsam turut menjelaskan bahawa sekumpulan sukarelawan akan mengiringi perjalanan Ahmad Dhani sekeluarga sehingga Pondok Indah.

Sementara itu, juru acara Ahmad Dhani iaitu Lieus Sungkharisma menyatakan bahawa vokalis Dewa 19 itu telah menyampaikan dua pesan kepada orang awam yang turut menyambut kepulangan beliau.

Pertama, masyarakat tidak akan berbuat sesuatu yang boleh membuatkan hati Presiden Joko Widodo tersinggung dan tidak memaksa Ahmad Dhani untuk menjadi wakil gabenor Daerah Khusus Ibu Kota (DKI).

Ahmad Dhani terdahulu dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun setengah oleh Majelis Hakim Pengadilan Negeri Jakarta Selatan pada Isnin lalu bersamaan dengan 28 Januari 2019 atas dakwaan ujaran kebencian menerusi posting yang dimuat naik di akaun Twitter @AHMADDHANIPRAST.

Hukuman yang disabitkan ke atas beliau ternyata lebih ringan daripada sebelumnya di mana Ahmad Dhani awalnya dikenakan hukuman penjara selama dua tahun.

Dhani telah disabitkan bersalah kerana melakukan ujaran kebencian melalui media sosial dengan tujuan untuk menyinggung perasaan penista agama.

Berdasarkan posting yang dimuat naik menerusi akaun Twitternya, Dhani menyatakan, “Siapa saja yang dukung penista agama adalah bajingan yang perlu diludahi mukanya -ADP.”

Untuk membaca artikel yang berkaitan dengan pemuzik terkenal Indonesia iaitu Ahmad Dhani bersama kumpulannya, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca