Ahli Politik Anti-Islam Belanda Adakan Pertandingan Lukis Kartun Nabi Muhammad

Seorang ahli politik anti-Islam di Amsterdam iaitu Geert Wilders tekad dengan pendiriannya untuk meneruskan rancangan mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad.

Difahamkan, pertandingan tersebut telah dihentikan sejak lebih setahun lalu ekoran kebimbangan terhadap ancaman serangan daripada pihak tertentu di Belanda.

Wilders membuat kenyataan berkenaan pertandingan itu menerusi satu entri di laman sosial Twitter pada dua hari lepas di mana dia mengajak orang ramai untuk menghantar lukisan karikatur Nabi Muhammad mereka.

Tinjauan kami di laman Twitter mendapati Wilders sudah pun menemui pemenang pertandingan tersebut pada Ahad.

Terdahulu, Wilders pernah membatalkan pertandingan sama pada Ogos tahun lalu selepas pihak polis menahan seorang lelaki yang mengugut untuk membunuhnya gara-gara rancangannya itu.

Rancangan tersebut turut mencetus bantahan besar-besaran di Pakistan di mana parti Islam Tehreek-e-Labbaik mendesak agar negara Islam lain supaya memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Belanda.

Pada tahun 2005, satu akhbar Belanda iaitu Jyllands Posten telah menyiarkan kartun Nabi Muhammad sehingga mencetuskan demonstrasi di seluruh negara Islam. Malah, terdapat beberapa cubaan untuk membunuh editor serta kartunisnya, Kurt Westergaard.

Kira-kira 10 tahun kemudian, dua pelampau Islam telah melepaskan tembakan secara rambang yang membunuh 12 orang di pejabat majalah Charlie Hebdo di Paris yang cukup terkenal dengan penerbitan kartun satira Nabi Muhammad.

Semoga suatu hari nanti mereka yang melihat Islam sebagai agama keganasan dapat mengubah persepsi itu. Dalam pada itu, untuk baca artikel mengenai kisah pengislaman individu yang dulunya membenci Islam, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca