Ahli Parlimen Padang Besar Cadang Ketum Ditanam 5 Pokok Di Setiap Rumah Dapat Bantu Ekonomi Rakyat

Daun ketum ialah sejenis herba yang digunakan secara tradisional untuk memberi tenaga selepas bersalin dan membekalkan tenaga dalam melakukan kerja berat dalam rutin seharian.

Tumbuhan ini telah diguna secara meluas di Malaysia dan Thailand. Bagaimanapun, pokok tersebut telah diisytihar sebagai bahan terlarang sejak tahun 2003.

Walapun begitu, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin memberi cadangan untuk menanam pokok ketum sebanyak lima pokok bagi setiap rumah kerana dilihat mampu membantu taraf ekonomi penduduk tempatan terutama golongan pekebun kecil.

Menurut Datuk Zahidi Zainul, penanaman pokok herba terbabit mampu meningkatkan kestabilan ekonomi penduduk tempatan dan mereka tidak lagi hanya bergantung kepada subsidi yang diberikan kerajaan.

“Ketum mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan dapat menambah pendapatan penduduk terutama ketika harga sawit dan getah mengalami kejatuhan.”

“Pihak kerajaan juga boleh mengenakan cukai ke atas penjualan ketum dan hasil cukai berkenaan boleh digunakan untuk mengadakan program motivasi, cegah dadah dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau sebenarnya pernah mengusulkan perkara ini ketika masih memegang jawatan sebagai pengerusi RISDA namun ditolak ketika itu.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad menegaskan bahawa pihaknya akan memastikan penguatkuasaan terhadap penggunaan ketum sentiasa dikuatkuasakan.

“Selagi akta berkaitan ketum itu berkuatkuasa, pihak polis akan melaksanakan undang-undang berkenaan,” tambah beliau.

Tetapi, ada sesuatu yang menganggu fikiran penulis.

Dalam banyak-banyak herba dan tumbuhan di Malaysia, sememangnya tidak mampu mengalahkan khasiat pokok ketum?

Malah tidak mampu menandingi potensi tumbuhan-tumbuhan yang lain dalam membantu ekonomi rakyat seperti buah harum manis atau sayur-sayuran yang lebih berkhasiat?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca