Ahli Mikrobiologi Singapura Kongsikan Realiti Sebenar Di Sebalik Pelitup Muka Yang Dipakai Selama 6 Jam

Penjagaan kesihatan dan kebersihan diri perlu bergerak seiring. Pada masa kini, seluruh dunia sedang menjalani norma baru disebabkan kehadiran pandemik Covid-19. Seperti yang diketahui umum, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan dalam aktiviti harian mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang diselaraskan. 

Pelitup muka boleh didapati dalam pelbagai jenis, warna dan corak di pasaran. Mungkin ada yang lebih selesa dengan reusable mask, dan mungkin juga ada yang lebih gemar memakai disposable mask

sumber: UPM

Pernahkah anda mengambil berat akan penggunaan pelitup muka yang anda pakai setiap hari? 

Jangan ambil jalan mudah dalam memilih pelitup muka yang boleh dibasuh dan diguna pakai semula. Tahukah anda, pelitup muka yang dipakai berulang kali dan untuk jangka masa yang panjang perlu sering dicuci kerana mengandungi mikrob daripada kulit dan titisan salur pernafasan (respiratory droplets) kita. 

Kajian di Singapura dijalankan untuk membuat perbandingan bagi pelitup muka yang disposable dan reusable di bawah dua keadaan; setelah dipakai selama enam jam dan 12 jam.

sumber: The Straits Times

Ahli mikrobiologi memberi pencerahan pada The Straits Times bahawa persekitaran mikroorganisma yang hangat dan lembap di semua pelitup muka adalah lebih cenderung untuk mikrob membiak. Walaubagaimanapun, tidak semua organisma mikrob ini berbahaya untuk manusia.

Ujian lebih lanjut dan teliti harus dilakukan untuk menentukan jenis bakteria yang terdapat pada pelitup muka dan sama ada terdapat potensi berisiko yang boleh menyebabkan penyakit kulit.

Dr Joel Lee mencatatkan bahawa perbezaan utama antara pelitup muka reusable dan disposable adalah pada bahan bagi lapisan dalam pelitup muka tersebut yang terletak paling hampir dengan mulut. Tambahannya juga, pelitup muka pakai buang memberi penapisan bakteria dan kebolehtelapan udara yang lebih baik. Jadi, kemudaratan kesihatan akan lebih terkawal.

Sudahkah anda tukar atau cuci pelitup muka anda untuk hari ini?

Artikel menarik untuk dibaca:

Sumber: The Straits Times

Artikel Lain Untuk Di Baca