Ahli Kumpulan The Beatles Langsung Tidak Tahu Baca Not Muzik, Ini 10 Fakta Tentang Dunia Muzik

Secara umumnya, muzik merupakan sebahagian daripada hidup seharian kita. Setiap orang pasti mempunyai genre muzik atau artis kesukaan mereka yang tidak semestinya sama dengan orang lain. Berikut adalah 10 fakta menarik tentang dunia muzik:

1. Mendiang Elvis Presley yang popular dengan lagu ‘Can’t Help Falling in Love’ dan ‘Hound Dog’ pernah bertanya kepada pemandu limonya, “Adakah limo ini milik awak atau awak hanya bekerja untuk syarikat?” Pemandu limo itu menjawab, “Saya bekerja untuk syarikat.” Lalu, Elvis memberitahu pemandu limo tersebut bahawa limo itu adalah tipnya.

2. Tidak ada seorang pun ahli kumpulan The Beatles mampu membaca not muzik.

3. Pada tahun 1977, 3 orang lelaki ditahan polis setelah mereka cuba untuk mencuri jasad Elvis Presley. Oleh sebab itu, jasad Elvis Presley dan ibunya telah dipindahkan ke Graceland dan dikawal rapi oleh pengawal keselamatan.

4. Pada awal penubuhan kumpulan mereka, Linkin Park menggunakan nama Xero. Nama kumpulan sekali lagi ditukar kepada Hybrid setelah mengalami perubahan ahli. Akhirnya, setelah beberapa kali bertukar ahli, kumpulan itu bersetuju dengan nama Linkin Park.

5. Sebuah violin Stradivarius menjadi alat muzik termahal di dunia setelah ia berjaya dijual pada tahun 2011 dengan harga $15.9 juta (RM61 juta).

6. Pencipta gitar Telecaster and Stratocaster, Leo Fender tidak boleh bermain gitar.

7. Penyanyi Christine Lavin memegang rekod dunia untuk tajuk lagu terpanjang dengan lagu berjudul, ‘Regretting What I Said to You When You Called Me 11:00 On a Friday Morning to Tell Me that at 1:00 Friday Afternoon You’re Gonna Leave Your Office, Go Downstairs, Hail a Cab to Go Out to the Airport to Catch a Plane to Go Skiing in the Alps for Two Weeks, Not that I Wanted to Go With You, I Wasn’t Able to Leave Town, I’m Not a Very Good Skier, I Couldn’t Expect You to Pay My Way, But After Going Out With You for Three Years I Don’t Like Surprises’.

8. Pada tahun 2016, penyanyi lagu Titanic, Celine Dion berdiri dekat dengan keranda terbuka mendiang suaminya selama 7 jam untuk menyambut semua orang yang datang memberikan penghormatan terakhir kepada suaminya.

9. Lagu Telephone oleh Lady Gaga dan Umbrella oleh Rihanna sebenarnya ditulis untuk Britney Spears.

10. Bilik hotel di mana penyanyi Whitney Houston menghembuskan nafasnya yang terakhir telah diubah suai kerana mendapat permintaan daripada pelanggan seluruh dunia untuk tinggal di bilik itu dan mencipta semula malam terakhir penyanyi tersebut termasuk berbaring tanpa seurat benang di dalam tab mandi iaitu lokasi mayat Whitney ditemukan.

Penulis

  • Nur Sahira Mohd Jailani adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca