Agong Beri Peluang Ketua Parti Untuk Calon Nama Bakal Perdana Menteri

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masih belum yakin mengenai seorang ahli Parlimen yang boleh mendapat kepercayaan majoriti dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, “Pihak Istana Negara akan berhubung dengan ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat.”

Tambahnya, keputusan itu adalah untuk memberi peluang kepada ketua pimpinan parti politik berkenaan untuk kemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal perdana menteri.

Dalam pada itu, Ahmad Fadil juga berkata Yang di-Pertuan Agong turut berkenan dengan keputusan speaker Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin depan (2 Mac 2020).

Memetik laporan Malaysiakini, Ahmad Fadil juga berkata Yang di-Pertuan Agong akan terus berusaha mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Image

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kemelut politik negara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca