Adili Nyanyian Dengan Betul, Ini Penjelasan Daripada Ajai

Baru-baru ini, Ajai menerima kecaman hebat daripada orang ramai selepas juri tetap Big Stage 2020 itu memberikan markah rendah kepada salah seorang peserta program pertandingan nyanyian tersebut.

Komposer ternama itu menegaskan Hafiz Zainal layak mendapat markah kosong kerana menyanyikan lagu dengan sumbang. Ajai turut melihat perkara itu lebih kepada pekak nada dan ia memberi masalah yang besar kepada seorang penyanyi.

“Sepatutnya saya mahu beri markah kosong. Pada pendapat saya, itu sudah melibatkan satu ujian pendengaran muzik iaitu ABRSM. Walaupun salah sedikit sahaja katakan out of tune, anda akan gagal semuanya sekiranya mengambil ujian tersebut. 

Apa yang saya nak tunjukkan di sini adalah cara yang betul kita adili dalam nyanyian. Saya tidak mahu cakap dia pekak nada kerana ada masanya ketakutan atas pentas boleh membuatkan kita habis semua. 

Jangan jadikan markah kosong itu sebagai perkara yang boleh menjatuhkan diri sendiri. Hal ini demikian kerana ia boleh menjadi pemberi semangat kepada dia.

Saya mahu tengok sama ada dia pekak nada ataupun sebaliknya pada minggu hadapan,” jelas Ajai kepada Gempak. 

Dalam pada itu, Ajai tidak kisah sekiranya orang ramai akan benci dirinya kerana niat asalnya adalah untuk memberikan ilmu yang betul kepada semua peserta. 

“Saya tahu orang akan benci kepada saya tetapi saya tidak peduli. Semua orang yang bercakap-cakap itu mungkin peminat setia. Tugas saya adalah untuk memperbaiki penyanyi-penyanyi yang anda semua suka ini untuk dia menjadi betul,” jelasnya lagi. 

Untuk pengetahuan anda, ABRSM ialah teori dalam pembelajaran seni muzik yang membantu membina kemahiran seseorang penyanyi itu dalam disiplin nyanyian.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan industri hiburan tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca