Adik Perempuan Kim Jong Un Ancam Korea Selatan

Adik perempuan kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengancam mengenakan tindakan ketenteraan terhadap Korea Selatan kerana didakwa gagal menghentikan propaganda anti-Pyongyang.

Krisis di antara kedua-dua Korea itu semakin memuncak susulan tindakan warga Korea Utara berpaling tadah dan menghantar propaganda dan makanan dari kediaman baharu mereka di Korea Selatan.

Kim Yo-jong, menganggap Korea Selatan sebagai musuh. Beliau mengulangi ancaman yang menyatakan Seoul bakal menghadapi keruntuhan pejabat perhubungan dua Korea di bandar sempadan Kaesong.

Menurut Naib Pengarah Jabatan Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja itu, beliau akan menyerahkan kepada pemimpin tentera Korea Utara untuk melakukan tindakan balas terhadap Korea Selatan.

“Dengan kuasa diberikan pemimpin tertinggi, parti dan negara, saya mengarahkan jabatan bertanggungjawab secara tegas melakukan tindakan selanjutnya ke atas musuh.

Sekiranya saya memberikan sedikit gambaran mengenai rancangan ini, pihak berkuasa Korea Selatan akan berasa cemas.

Hak untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap musuh akan diserahkan kepada staf umum tentera kita.

Tentera kita juga akan menentukan suatu tindakan untuk menenangkan kebencian rakyat kita dan pasti akan melaksanakannya,” kata Yo-jong.

Untuk membaca artikel lain berkaitan politik dunia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca