Adakah Panadol Kekal Dalam Badan Selama 5 Tahun? Ini Jawapan Dr. Amalina

Walaupun jauh di luar negara, Dr. Nur Amalina Che Bakri tetap melayan soal jawab daripada sesiapa sahaja yang berada di Malaysia.

Beliau sering merujuk kepada kepakaran dan ilmu pengetahuannya untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat di Malaysia tentang pantang larang yang tidak masuk akal.

Sumber: Twitter @DrAmalinaBakri

Baru-baru ini, Dr. Amalina menjawab satu persoalan yang dikemukakan oleh pengikutnya menerusi bebenang di laman Twitter:

Menurut Dr. Amalina, “Panadol atau paracetamol hanya kekal dalam badan selama beberapa jam sahaja. Panadol akan diproses oleh hati (liver) dan bukannya buah pinggang sebelum ia dikumuhkan sebagai air kencing.”

Selain itu, beliau turut berkata bahawa Panadol perlu diambil mengikut dos yang dibenarkan untuk mengelakkan overdose. Bagi mereka yang mempunyai berat badan melebihi 50 kilogram, dos yang dibenarkan adalah 500 miligram hingga 1 gram.

Menurut Dr. Amalina lagi, ia hanya boleh diambil setiap empat hingga enam jam dan dos maksima adalah empat gram untuk satu hari.

Dr. Amalina turut menjelaskan bahawa individu yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang perlu mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.

Begitu juga dengan individu yang mengambil ubat tuberkulosis (TB), pencair darah atau epilepsi perlu mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi mereka terlebih dahulu.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet pernah tertipu dengan mitos berkenaan sebelum ini:

Untuk pengetahuan anda, Dr. Amalina berkata Panadol tidak termasuk dalam kategori ubatan antiradang bukan steroid (NSAID) sebaliknya ia merupakan acetaminophen.

“Panadol selamat diambil mengikut dos yang disarankan. Sekiranya mengalami kesakitan, anda boleh mengambil ubat berkenaan secara berkala seperti yang disarankan. Sekiranya ia tidak berkesan, anda boleh pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan nasihat lanjut,” jelasnya.

Adakah anda tergolong dalam kategori yang percaya bahawa ubat ini akan kekal dalam badan selama lima tahun sebelum ini?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan ubatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca